Saturday, 3 November 2012

Bertangguh itu pencuri masa.

Bertangguh itu pencuri masa.
Kata-kata hikmat itu adalah sangat bertepatan untuk mengingatkan kita agar tidak tenggelam dalam budaya berlengah-lengah dan bertangguh-tangguh. Orang yang suka bertangguh dianalogikan sebagai pencuri masa yang sudah tentu lebih buruk dan lbih zalim daripada jenayah mencuri harta benda atau wang kwrana masa jauh lebih bernilai daripada emas. Kita sentiasa terjebak dan terperangkap di dalam perangkap masa lantaran kita tidak begitu mahir menguruskan masa.
        Pelajar-pelajar sekalian, anda seharusnya bijak menghargai dan memanfaatkan masa. Uruskan dan gunakanlah masa selama 24 jam sehari semalam yang dikurniakan Tuhan kepada kita dengan pengisian aktiviti-aktiviti harian secara optimum seperti menyempurnakan kerja rumah, mentelaan dan mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan, beribadat, membantu kedua-dua ibu bapa dan lain-lain aktiviti yang berfaedah.
        Ingat! Masa diibaratkan seperti pedang. Jika kita tidak memancungnya (menggunakannya untuk kebaikan), maka ia pula akan memancung kita. Seandainya ini berlaku, nescaya kita akan :
"menyesal kemudian tiada gunanya."