1. AMBIL SATU TINGGAL SEMAKIN BANYAK.
Cuba anda tunjukkan dengan sebarang cara yang logik bagaimana untuk membuktikan apabila diambil satu daripada sembilan belas akan meninggalkan baki sebanyak dua puluh.
FAEDAH DAN KEPENTINGANNYA
* membuka fikiran dan keluar dari paradigma biasa.
* mahir menggunakan "common sence" dalam memikir dan menyelesaikan masalah.
* membiasakan diri dengan sistem nombor yang kurang biasa contohnya dalam masalah ini ialah penggunaan angka Roman.
* pendedahan unsur-unsur jenaka dalam matematik sebagaimana yang ditegaskan oleh Profesor Paulos, seorang profesor matematik dari Universiti Temple, Amerika Syarikat, "Humour makes mathematics less scary" (kecindan/jenaka menjadikan matematik kurang menakutkan).
* menambah dan meningkatkatkan minat dalam pembelajaran matematik.
PENYELESAIAN
Mudah sahaja!
Sembilan belas ditulis dalam angka Roman ialah XIX. Jika kita ambil 1 ("I" di tengah-tengahnya), baki yang tinggal ialah XX iaitu dua puluh. Betul?
2. BUKTI YANG PALING SAHIH
11 + 2 - 12 = 1
Operasi asas matematik di atas menunjukkan SEBELAS ditambah DUA dikurangkan DUA BELAS menjadi SATU.
Anda diminta membuktikan kenyataan tersebut dengan setepat dan selogik yang mungkin.
FAEDAH DAN KEPENTINGANNYA
* pemupukan pemikiran kreatif, kritis, logik, lateral, imaginatif dan "unreasonableness".
* unsur-unsur gabungjalin matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
* sebagai satu sumber hiburan melelui sentuhan jenaka/kecindan dalam matematik.
* menambah dan meningkatkan minat dan keseronokan belajar matematik.
HURAIAN PENYELESAIAN
11 + 2 - 12 = 1
1. Tuliskan semula operasi tersebut dalam bentuk abjad (Bahasa Melayu) :
SEBELAS + DUA - DUA BELAS = ?
2. Mansuhkan huruf-huruf yang berkenaan iaitu D - D, U - U, A - A, B - B, ...sehingga selesai proses pemansuhan. Akhirnya yang tinggal hanya S dan E sahaja, menjadi SE yang bermakna SATU (1).
3. Gantikan tempat "?" dalam operasi diatas dengan SE. Logik? Ada sebarang bantahan?
Jelmakan pula operasi itu ke dalam Bahasa Inggeris :
ELEVEN + TWO - TWELVE = ?
Lakukan kaedah pemansuhan seperti tadi. Huruf yang tinggal pastinya E, N dan O yang apabila disusun menjadi perkataan nombor ialah ONE.
AKHIRNYA... (tunjukkan kepuasan pembuktian yang sahih ini dengan cara anda). Yes! Yahoo...! Hurray!