Seorang petani memiliki 11 ekor lembu. Disaat-saat akhir hayatnya, beliau telah berwasiat kepada 3 orang anak lelakinya agar membahagikan lembu itu mengikut nisbah 1/2, 1/4 dan 1/6 bahagian dengan syarat lembu itu tidak boleh disembelih.
Ketiga-tiga orang saudara itu gagal membahagikan lembu itu kerana masing-masing mahukan bahagian yang lebih daripada ketetapan nisbah bahagian itu. Bagi mengelakkan perbalahan, anda sebagai seorang ahli matematik yang kreatif, imaginatif serta praktik, bantulah mereka menyelesaikan permasalahan yang rumit ini.
Bagaimanakah cara anda memecahkan kebuntuan ini?
* Sesuatu perkara walau bagaimana rumit sekalipun, pasti ada cara untuk menyelesaikannya jika kita sentiasa berikhtiar dan menggunakan akal serta kebijaksanaan.
Cara penyelesaian :
11 ekor lembu hendak dibahagikan mengikut nisbah : 1/2, 1/4 dan 1/6.
Oleh itu, 11 x 1/2 = 5 1/2 Tidak boleh dibahagikan dengan cara ini kerana
11 x 1/4 = 2 3/4 lembu itu tidak boleh disembelih.
dan 11 x 1/6 = 1 5/6
Jadi, bagaimana untuk menyelesaikannya?
Ikhtiarkanlah supaya dapat meminjamkan seekor lembu kepada mereka agar jumlahnya menjadi 12 ekor. Sekarang cuba bahagikan mengikut nisbah itu semula.
i. 1/2 bahagian akan memperoleh : 1/2 x 12 = 6 ekor,ii. 1/4 bahagian akan memperoleh : 1/4 x 12 = 3 ekor dan
iii. 1/6 bahagian akan memperoleh : 1/6 x 12 = 2 ekor.
JUMLAH = 11 ekor
Bagaimana dengan seekor lagi? Pulangkan semula kepada siapa ia dipinjam pada awal tadi.
Akhirnya ketiga-tiga saudara itu sangat berpuashati dengan pembahagian itu kerana masing-masing telah dapat bahagian yang lebih daripada sepatutnya.
Masalah sebegini boleh diubah suai dan diaplikasikan kepada berbagai situasi misalnya membahagi alat tulis, wang, buah-buahan dan sebagainya.